Risk and mitigation of vehicles parking for Gambang University Malaysia Pahang (UMP)
Analisis parkir adalah bertujuan untuk mengetahui jumlah keseluruhan keperluan parkir di dalam kegunaan seharian berdasarkan kepada zon dan keluasan sesebuah kawasan. Kajian mi dijalankan di dalam Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang. Analisis parkir diperlukan untuk setiap projek di mana peruba...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Undergraduates Project Papers |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/2423/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/2423/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/2423/1/ZAINURULAINI_BINTI_ZAINAL_ABIDIN.PDF |
Summary: | Analisis parkir adalah bertujuan untuk mengetahui jumlah keseluruhan keperluan parkir di dalam kegunaan seharian berdasarkan kepada zon dan keluasan sesebuah kawasan. Kajian mi dijalankan di dalam Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang. Analisis parkir diperlukan untuk setiap projek di mana perubahan penggunaan parkir akan meningkat berdasarkan kepada permintaan. Analisis parkir akan menentukan samada jumlah parkir yang disediakan oleh Pihak UMP adalah mencukupi terutamanya untuk kegunaan pekerja dan pelajar di UIMP. Objektif daripada kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk menentukan kebolehpercayaan perkhidmatan parkir di UMP dan untuk mengelakkan kesesakkan disamping
meningkatkan tahap keselesaan kepada pengguna. Data diperolehi melalui soalansoalan yang diedarkan kepada tetamu yang menggunakan khidmat parkir di UMIP untuk mengetahui pendapat dan tahap keselesaan parkir di UMP. Selain itu, data juga diperolehi melalui kaedah "Traffic Counting Survey" and - "Parking Counting Survey". Parkir analisis berubah-ubah sepanjang hari mengikut keadaan. Data terkumpul digunakan untuk menilai sesaat penggunaan parkir bagi meningkatkan kemudahan sediada. 32% mengatakan bahawa untuk menjumpai kawasan yang sesuai sebagai parkir adalah susah dan keseluruhan kualiti parkir yang disediakan adalah pada tahap baik. Masa puncak adalah diantara jam 2.00 - 4.00 petang, mi kerana keperluan parkir pada masa tersebut adalah tinggi. Untuk mengelakkan kesesakkan, penambahan parkir dan parkir berbumbung perlu disediakan untuk keselesaan dan keselamatan penggunan dan kenderaan yang digunakan. |
---|