Terenang: Khazanah Tembikar Pahang
Terenang merupakan antara produk tembikar tradisional tempatan di Semenanjung Malaysia selain daripada Labu Sayong dan tembikar Mambong. Kegiatan penghasilan Terenang berpusat di Kampung Pasir Durian dan Temin Kraf di daerah Jerantut, Pahang. Seiring dengan kemajuan hari ini, pembuatan tembikar tra...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/24571/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/24571/1/TERENANG%20Khazanah%20Tembikar%20Pahang.pdf |
Summary: | Terenang merupakan antara produk tembikar tradisional tempatan di Semenanjung Malaysia
selain daripada Labu Sayong dan tembikar Mambong. Kegiatan penghasilan Terenang berpusat di Kampung Pasir Durian dan Temin Kraf di daerah Jerantut, Pahang. Seiring dengan kemajuan hari ini, pembuatan tembikar tradisional juga mengalami perubahan dari sudut penggunaan teknologi seperti yang berlaku pada penghasilan Labu Sayong di Perak. Penggunaan teknologi moden dalam proses pembuatan sangat membantu dalam melestarikan kegiatan ini daripada pupus dalam arus kemajuan. Namun persoalannya adakah kegiatan penghasilan tembikar Terenang turut sama menggunakan teknologi moden di dalam proses pengeluaran. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif yang merakam secara deskriptif melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen ke atas proses penghasilan Terenang di Temin Kraf. Data-data yang diperoleh telah dianalisis dengan mengkategorikan ia berdasarkan tema-tema yang telah dikenal pasti. Dapatan kajian menunjukkan terdapat penggunaan teknologi moden pada kegiatan pembuatan tembikar tradisional Terenang. Ini dapat diperhatikan pada proses bahan utama, proses pembuatan, proses dekorasi, dan kaedah pembakaran. Usaha Temin Kraf yang memanfaatkan penggunaan teknologi moden merupakan satu langkah yang membawa kegiatan ini ke satu tahap baharu yang dapat mempelbagaikan jenis dan reka bentuk Terenang serta menambahkan jumlah pengeluaran yang dapat dilakukan dengan segera. Bagaimanapun kajian ini menyarankan perlunya suatu usaha yang proaktif dan drastik diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikan bahawa warisan ini akan terus dilestarikan untuk dihayati oleh
generasi akan datang. |
---|