Ukhuwah di Tempat Kerja
Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat TEMPAT kerja adalah satu tempat utama yang kita habiskan hampir 8 hingga 14 jam sehari untuk mencari rezeki dan menjalankan amanah yang diberikan. Namun, satu perkara penting yang perlu ditekankan di tempat kerja adalah ukhwah, iaitu hubungan...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Newspaper |
Language: | English |
Published: |
Media Isma Sdn Bhd
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/25177/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/25177/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/25177/1/Ukhuwah%20di%20tempat%20kerja.pdf |
id |
ump-25177 |
---|---|
recordtype |
eprints |
spelling |
ump-251772019-11-12T04:33:17Z http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/25177/ Ukhuwah di Tempat Kerja Juwairiah, Osman H Social Sciences (General) HT Communities. Classes. Races Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat TEMPAT kerja adalah satu tempat utama yang kita habiskan hampir 8 hingga 14 jam sehari untuk mencari rezeki dan menjalankan amanah yang diberikan. Namun, satu perkara penting yang perlu ditekankan di tempat kerja adalah ukhwah, iaitu hubungan persahabatan dan persaudaraan yang dijalinkan antara rakan sekerja dan majikan. Sekiranya tiada ukhwah yang baik, pelbagai isu yang timbul, seperti mudah berhenti kerja, sering bertukar kerja, berasa bosan, kemurungan, mudah iri hati, bermasam muka, pentingkan diri sendiri sehingga paling membimbangkan adalah berlakunya rasuah kerana bersaing secara tidak sihat dan ingin mewah untuk diri sendiri. Fenomena ini sangat tidak sihat dan merugikan organisasi dan negara. Tempat kerja tidak seharusnya dijadikan hanya sebagai tempat untuk mencari wang, tetapi perlu dianggap sebagai satu tempat kita beribadah dengan menjalinkan hubungan baik dengan semua pihak. Hal ini bukan untuk melancarkan urusan kerja semata-mata, namun menjadikan rakan sekerja dan majikan sebagai satu entiti keluarga yang memainkan peranan utama dalam saling membantu ke arah memantapkan iman, dan menambah kemahiran diri agar tempat kerja menjadi satu tempat yang menggembirakan dan menyenangkan. Jika tempat kerja dianggap sebagai satu tempat atau simbol kewangan semata-mata, maka pekerja mahupun majikan itu sendiri akan berasa tidak gembira, sentiasa tertekan untuk menunjukkan prestasi sahaja, sentiasa berkelakuan formal, kaku dan membosankan. Sebagai majikan mahupun pekerja itu sendiri, jadikanlah tempat kerja sebagai satu medan ukhwah dengan bekerja untuk mencari ilmu dan pahala bersama-sama. Bekerja untuk menjalankan tugas yang diberi secara bekerjasama. Bekerja dengan bertukar-tukar pandangan, sentiasa menerima dan memberi pandangan demi memantapkan organisasi bersama-sama. Bak kata pepatah, ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah’. Seterusnya, anggaplah tempat kerja bukan sekadar untuk berbicara mengenai hal kerja semata-mata, tetapi luangkan sedikit masa atau masa yang sesuai untuk mengambil berat mengenai keluarga, kesihatan, kejayaan peribadi, kebajikan rakan-rakan dan pemimpin kita agar timbul rasa kasih sayang, dihargai, dihormati dan sudah tentu ini dapat menaikkan motivasi dan percaya diri dalam meneruskan tugas dengan penuh semangat. Insya-Allah ukhwah yang baik akan diberkati Allah ﷻ dan produktiviti organisasi akan meningkat dengan mudah, dan segala cabaran dan masalah dapat diatasi dengan baik secara kebersamaan. Media Isma Sdn Bhd 2019-04-07 Newspaper NonPeerReviewed pdf en http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/25177/1/Ukhuwah%20di%20tempat%20kerja.pdf Juwairiah, Osman (2019) Ukhuwah di Tempat Kerja. Portal Islam dan Melayu . p. 1. https://www.ismaweb.net/2019/04/07/ukhuwah-di-tempat-kerja/ |
repository_type |
Digital Repository |
institution_category |
Local University |
institution |
Universiti Malaysia Pahang |
building |
UMP Institutional Repository |
collection |
Online Access |
language |
English |
topic |
H Social Sciences (General) HT Communities. Classes. Races |
spellingShingle |
H Social Sciences (General) HT Communities. Classes. Races Juwairiah, Osman Ukhuwah di Tempat Kerja |
description |
Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
TEMPAT kerja adalah satu tempat utama yang kita habiskan hampir 8 hingga 14 jam sehari untuk mencari rezeki dan menjalankan amanah yang diberikan. Namun, satu perkara penting yang perlu ditekankan di tempat kerja adalah ukhwah, iaitu hubungan persahabatan dan persaudaraan yang dijalinkan antara rakan sekerja dan majikan. Sekiranya tiada ukhwah yang baik, pelbagai isu yang timbul, seperti mudah berhenti kerja, sering bertukar kerja, berasa bosan, kemurungan, mudah iri hati, bermasam muka, pentingkan diri sendiri sehingga paling membimbangkan adalah berlakunya rasuah kerana bersaing secara tidak sihat dan ingin mewah untuk diri sendiri. Fenomena ini sangat tidak sihat dan merugikan organisasi dan negara. Tempat kerja tidak seharusnya dijadikan hanya sebagai tempat untuk mencari wang, tetapi perlu dianggap sebagai satu tempat kita beribadah dengan menjalinkan hubungan baik dengan semua pihak. Hal ini bukan untuk melancarkan urusan kerja semata-mata, namun menjadikan rakan sekerja dan majikan sebagai satu entiti keluarga yang memainkan peranan utama dalam saling membantu ke arah memantapkan iman, dan menambah kemahiran diri agar tempat kerja menjadi satu tempat yang menggembirakan dan menyenangkan.
Jika tempat kerja dianggap sebagai satu tempat atau simbol kewangan semata-mata, maka pekerja mahupun majikan itu sendiri akan berasa tidak gembira, sentiasa tertekan untuk menunjukkan prestasi sahaja, sentiasa berkelakuan formal, kaku dan membosankan. Sebagai majikan mahupun pekerja itu sendiri, jadikanlah tempat kerja sebagai satu medan ukhwah dengan bekerja untuk mencari ilmu dan pahala bersama-sama. Bekerja untuk menjalankan tugas yang diberi secara bekerjasama. Bekerja dengan bertukar-tukar pandangan, sentiasa menerima dan memberi pandangan demi memantapkan organisasi bersama-sama. Bak kata pepatah, ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah’. Seterusnya, anggaplah tempat kerja bukan sekadar untuk berbicara mengenai hal kerja semata-mata, tetapi luangkan sedikit masa atau masa yang sesuai untuk mengambil berat mengenai keluarga, kesihatan, kejayaan peribadi, kebajikan rakan-rakan dan pemimpin kita agar timbul rasa kasih sayang, dihargai, dihormati dan sudah tentu ini dapat menaikkan motivasi dan percaya diri dalam meneruskan tugas dengan penuh semangat. Insya-Allah ukhwah yang baik akan diberkati Allah ﷻ dan produktiviti organisasi akan meningkat dengan mudah, dan segala cabaran dan masalah dapat diatasi dengan baik secara kebersamaan. |
format |
Newspaper |
author |
Juwairiah, Osman |
author_facet |
Juwairiah, Osman |
author_sort |
Juwairiah, Osman |
title |
Ukhuwah di Tempat Kerja |
title_short |
Ukhuwah di Tempat Kerja |
title_full |
Ukhuwah di Tempat Kerja |
title_fullStr |
Ukhuwah di Tempat Kerja |
title_full_unstemmed |
Ukhuwah di Tempat Kerja |
title_sort |
ukhuwah di tempat kerja |
publisher |
Media Isma Sdn Bhd |
publishDate |
2019 |
url |
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/25177/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/25177/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/25177/1/Ukhuwah%20di%20tempat%20kerja.pdf |
first_indexed |
2023-09-18T22:38:31Z |
last_indexed |
2023-09-18T22:38:31Z |
_version_ |
1777416758006644736 |