Inovasi pengajaran untuk menarik minat pelajar menguasai ilmu tajwid

Kajian ini akan membincangkan penggunaan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid yang melibatkan hukum nun sakinah dan tanwin (hukum lima) yang dinamakan sebagai kaedah Yadun. Kaedah Yadun menggunakan teknik padanan lima jari tangan dengan bilangan lima hukum tajwid yang melibatkan nun...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hamir Hamzah, Jaafar, Mohamad Hilmi, Mat Said
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Malaysia Pahang 2019
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26782/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26782/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26782/1/Inovasi%20pengajaran%20untuk%20menarik%20minat.pdf
Description
Summary:Kajian ini akan membincangkan penggunaan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid yang melibatkan hukum nun sakinah dan tanwin (hukum lima) yang dinamakan sebagai kaedah Yadun. Kaedah Yadun menggunakan teknik padanan lima jari tangan dengan bilangan lima hukum tajwid yang melibatkan nun sakinah dan tanwin dan dibahagikan kepada tiga tahap pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan kaedah Yadun terhadap penguasaan murid melibatkan hukum nun sakinah dan tanwin. Dengan menggunakan reka bentuk pretest-posttest control group design, seramai 29 orang murid dipilih secara rawak bertujuan untuk mengikuti kaedah Yadun manakala 29 orang murid lagi mengikuti kaedah pembelajaran biasa. Hasil daripada kajian yang dijalankan menunjukkan kaedah Yadun telah dapat mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan nun sakinah dan tanwin (hukum lima). Kaedah Yadun juga mampu membantu murid memahami, mengingati dan menguasai hukum Iklab, Idgham Bila Ghunnah, Idgham Maal Ghunnah, Izhar Halqi dan Ikhfak Hakiki dengan mudah dan pantas. Hasil daripada kajian ini menyumbang kepada peningkatan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid agar menjadi satu ilmu yang mudah untuk dikuasai oleh murid dan secara tidak langsung dapat membantu memperbetulkan bacaan al-Quran dengan bertajwid.