Konsep Siyasah Syar`Iyyah Dan Pelaksanaannya Dalam Konteks Malaysia
Siyasah Syar`iyyah merupakan suatu displin yang semakin perlu difahami secara akademik. Ini kerana ia menyediakan suatu rangka berfikir yang mempertimbangkan antara kehendak wahyu dan keperluan realiti makhluk. Keseimbangan ini akan menjadikan hukum yang diputuskan itu mempunyai nilai-nilai yang di...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/4376/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/4376/1/Siyasah_Syariah_KUIM.pdf |
Summary: | Siyasah Syar`iyyah merupakan suatu displin yang semakin perlu difahami secara akademik. Ini kerana ia menyediakan suatu rangka berfikir yang mempertimbangkan antara kehendak wahyu dan keperluan realiti makhluk. Keseimbangan ini akan menjadikan hukum yang diputuskan itu mempunyai nilai-nilai
yang dinamik. Untuk itu, bagi mengaplikasikannya kefahaman terhadap nas dan keprihatinan ke atas realiti adalah prasyarat utama. Dalam konteks Malaysia pengamalan siyasah syar`iyyah telah mengalami perubahan pelaksanaannya yang ketara dan perlu penambahbaikan setelah negara mengalami proses penjajahan yang lama sejak sebelum merdeka. Masyarakat Islam perlu kembali kepada konsep siyasah syar`iyyah yang sebenar berdasarkan sumber utama iaitu al-Quran dan al-hadith. Sistem politik demokrasi berparlimen adalah satu-satunya sistem yang paling mirip dengan politik Islam. Politik demokrasi yang mirip kepada
politik Islam adalah dilihat dari aspek kebebasan bersuara,
mengeluarkan pendapat, mengkritik atau menegur kepimpinan. |
---|