Bukti dan Pengaruh Kedatangan Islam Terawal di Pahang Memartabatkan Legasi Islam di Pahang

Kedatangan Islam ke Pahang telah memberi kesan yang besar dan meluas dalam kehidupan masyarakatnya. Berdasarkan bukti-bukti sejarah, kedatangan Islam ke Pahang adalah lebih awal sebelum zaman Melaka dan sebelum ditemui batu Bersurat di Kuala Berang Terengganu pada tahun 1303 Masihi lagi. Keda...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Abd Jalil, Borham
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/7443/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/7443/3/SPP_LEGASI_ISLAM_DI_PAHANG.pdf
Description
Summary:Kedatangan Islam ke Pahang telah memberi kesan yang besar dan meluas dalam kehidupan masyarakatnya. Berdasarkan bukti-bukti sejarah, kedatangan Islam ke Pahang adalah lebih awal sebelum zaman Melaka dan sebelum ditemui batu Bersurat di Kuala Berang Terengganu pada tahun 1303 Masihi lagi. Kedatangan Islam ke Pahang telah dibuktikan dengan penemuan batu nisan di Kg. Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan pada tahun 1955. Pada batu tersebut tertulis ayat-ayat al-Qur’an dan sya`ir Arab di samping terdapat tarikh si mati meninggal dunia pada waktu Subuh hari Rabu 14hb. Rabi`ul Awal tahun 419 Hijrah bersamaan 12 April tahun 1028 Masihi. Kesan utama kedatangan Islam di Pahang ialah lahirnya ramai tokoh-tokoh dan cendikiawan Islam seperti Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Habib Hassan al-Attas. Bahasa Melayu dan tulisan jawi telah dimartabatkan sebagai bahasa lingua franca. Manakala peranan kesultanan Melayu dalam pentadbiran dan perundangan begitu menonjol, seperti Sultan Abdul Ghafur ibni Almarhum Sultan Abdul Kadir sebagai Sultan Pahang ke-12 dengan gelaran Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah yang memerintah Pahang (1592-1614) adalah raja pertama yang mengasaskan Hukum Kanun Pahang. Hukum kanun ini menyerupai Hukum Kanun Melaka dalam bentuk versi Pahang. Hukum Kanun ini digunapakai di Perak dan Brunei pada ketika itu. Pada tahun 1888, kerajaan Inggeris mula campurtangan dalam pemerintahan Pahang walaupun dalam perjanjian antara Sultan Ahmad dengan pihak Inggeris, Inggeris tidak boleh campurtangan dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam Melayu. Sultan Abu Bakar telah menubuhkan Majlis Anggota Islam Pahang pada 17 Julai 1933 untuk memperkemaskan pentadbiran hal ehwal agama Islam di Pahang. Pada tahun 1937, Majlis Anggota Islam Pahang telah ditukar namanya kepada Majlis Agama Islam Pahang. Pada 10 November 1943, Majlis Agama Islam Pahang telah menubuhkan Jamaah Ulama Pahang untuk menentukan hukum, peraturan Islam dan perlaksanaannya. Seterusnya pada 1949, Undang-Undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang dikuatkuasakan. Pada 17 Mac 1950, Jabatan Agama Islam dan Adat Melayu Pahang pula ditubuhkan. Secara keseluruhannya, kedatangan Islam di Pahang telah mempengaruhi semua bidang kehidupan masyarakatnya hingga membentuk sebuah legasi meliputi aspek politik, sosial, ekonomi, kesenian, undang-undang, bahasa, kesusasteraan, pendidikan, pengetahuan dan sebagainya.