Islam : cabaran demi cabaran

SEPERTI pembaca sedia maklum, suatu masa dulu, Islam masyhur dan gemilang. Dalam kegemilangan itu orang Islam mendahului dalam semua bidang, ilmu dan amalan. Sama ada dalam hal berkaitan kesusasteraan, sains, falsafah, ketenteraan, teknologi dan sebagainya. Pendek kata, Islam telah menjadi tamadun y...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Abd Aziz, Shamrahayu
Format: Article
Language:English
Published: Berita Harian Sdn. Bhd. 2011
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/15851/
http://irep.iium.edu.my/15851/
http://irep.iium.edu.my/15851/1/Islamcabaran_demi_cabaran.pdf
Description
Summary:SEPERTI pembaca sedia maklum, suatu masa dulu, Islam masyhur dan gemilang. Dalam kegemilangan itu orang Islam mendahului dalam semua bidang, ilmu dan amalan. Sama ada dalam hal berkaitan kesusasteraan, sains, falsafah, ketenteraan, teknologi dan sebagainya. Pendek kata, Islam telah menjadi tamadun yang mendahului tamadun lain. Tamadun Islam telah mematahkan keunggulan tamadun Rom, contohnya. Islam telah menguasai semuanya. Namun, secara berdikit, kegemilangan itu meruntuh. Kemudian kita saksikan pengambilalihan kegemilangan Islam oleh kuasa imperialisme Barat. Negara Islam dijajah dan agama Islam dipinggirkan. Setelah itu muncul pula penentangan terhadap imperialisme Barat dan terserlahlah perjuangan menentang kuasa Barat dan gerakan mencapai kemerdekaan. Setelah berdekad perjuangan itu, banyak negara Islam telah mencapai kemerdekaan. Walaupun merdeka, Islam masih di takuk lama. Keadaan ini timbul akibat daripada fenomena dan polemik berkaitan ‘neo-imperial policies’ yang bukan saja mengawal, tetapi menggugat Islam. Keadaan ini berterusan sehingga kini. Apa yang pasti kini ialah, kegemilangan Islam hanya menjadi sebahagian daripada sejarah dunia.