Keputusan pembelian: jalinan antara media cetak, media atas talian dan media bersemuka

Keputusan pembelian pengguna terhadap suatu produk boleh dipengaruhi oleh pelbagai perkara seperti iklan, media dan faktor persekitaran. Dari perspektif media, keputusan pembelian pengguna tidak hanya bergantung kepada maklumat yang bersumberkan satu media sahaja. Sebaliknya, kecenderungan untuk men...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Noraihan Mohamad, Mohd Sobhi Ishak, Sabrina Mohd Rashid
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10468/
http://journalarticle.ukm.my/10468/
http://journalarticle.ukm.my/10468/1/14696-40521-1-SM.pdf
Description
Summary:Keputusan pembelian pengguna terhadap suatu produk boleh dipengaruhi oleh pelbagai perkara seperti iklan, media dan faktor persekitaran. Dari perspektif media, keputusan pembelian pengguna tidak hanya bergantung kepada maklumat yang bersumberkan satu media sahaja. Sebaliknya, kecenderungan untuk mengurangkan risiko dalam pembelian akan mendorong pengguna untuk membina kefahaman yang lebih baik mengenai produk. Justeru, berteraskan kepada Teori Kekayaan Media, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh jalinan antara media cetak, media atas talian dan media bersemuka terhadap pengukuhan kefahaman pengguna mengenai produk yang akhirnya mempengaruhi keputusan pembelian mereka. Kajian ini memfokuskan kepada risalah, media sosial, rakan-rakan, kedai lain dan kedai pilihan sebagai media yang dijalinkan pengguna untuk menjelaskan ketidakpastiannya mengenai harga, fungsi, kualiti, jenama, jaminan dan reka bentuk produk pengkomputeran. Kajian tinjauan keratan rentas dijalankan terhadap komuniti institusi pendidikan di sekitar negeri Kedah dan Perlis. Sebanyak 150 borang soal selidik telah diedarkan dalam kajian lapangan. Sebanyak 115 data dapat dikumpul dan dianalisis berbantukan perisian SPSS versi 19. Hasil kajian menunjukkan media atas talian merupakan sumber maklumat pertama pengguna mengenai produk tetapi tidak dalam hal pembuatan keputusan. Manakala, rakan-rakan dan kedai pilihan merupakan sumber maklumat pelengkap kepada pengguna untuk mengukuhkan kefahaman mengenai produk sebelum membuat keputusan pembelian. Kesimpulannya, kombinasi antara rakan-rakan dan kedai pilihan merupakan media yang mempengaruhi proses pembuatan keputusan pembelian oleh pengguna terhadap produk pengkomputeran.