Kesalahan penggunaan imbuhan awalan dan akhiran dalam kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil berdasarkan Teori Analisis Kesalahan Corder (1973)

Kajian ini mengenal pasti dan membincangkan jenis kesalahan imbuhan awalan dan imbuhan akhiran yang telah dirincikan dalam Teori Analisis Kesalahan Corder (1973) serta punca murid tidak menguasai imbuhan awalan dan imbuhan akhiran murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Sampel kajian ialah seramai 5...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Amirra Shazreena Aminul Razin, Vijayaletchumy Subramaniam
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12542/
http://journalarticle.ukm.my/12542/
http://journalarticle.ukm.my/12542/1/jatma-2019-0701-01.pdf
Description
Summary:Kajian ini mengenal pasti dan membincangkan jenis kesalahan imbuhan awalan dan imbuhan akhiran yang telah dirincikan dalam Teori Analisis Kesalahan Corder (1973) serta punca murid tidak menguasai imbuhan awalan dan imbuhan akhiran murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Sampel kajian ialah seramai 50 orang murid India di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Serdang, Selangor. Sampel yang diambil ialah murid tahun lima Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Serdang. Instrumen yang digunakan ialah ujian bertulis berkenaan dengan imbuhan awalan dan imbuhan akhiran, teori yang digunakan ialah Teori Analisis Kesalahan Corder (1973). Kaedah yang digunakan ialah kaedah pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid tidak menguasai imbuhan awalan dan imbuhan akhiran sepenuhnya. Kajian ini penting untuk membantu pihak sekolah meningkatkan pemahaman imbuhan dalam penulisan murid.