Pembangunan warisan di Malaysia : tinjauan umum tentang dasar

Makalah ini merupakan tinjauan awalan tentang dasar pembangunan warisan di Malaysia dengan memberi fokus terhadap penggubalan Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan penubuhan Jabatan Warisan Malaysia (2007). Kefahaman tentang kedudukan kedua-dua perkara ini penting sebelum seseorang itu melakukan peny...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yuszaidy Mohd Yusoff, Hanapi Dollah, Ab. Samad Kechot, Mohamed Anwar Omar Din
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 2010
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3031/
http://journalarticle.ukm.my/3031/
http://journalarticle.ukm.my/3031/1/01ADNAN_JUSOH.pdf
Description
Summary:Makalah ini merupakan tinjauan awalan tentang dasar pembangunan warisan di Malaysia dengan memberi fokus terhadap penggubalan Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan penubuhan Jabatan Warisan Malaysia (2007). Kefahaman tentang kedudukan kedua-dua perkara ini penting sebelum seseorang itu melakukan penyelidikan tentang perlindungan dan pemuliharaan warisan di negara ini kerana merupakan elemen paling asas dalam bidang ini. Penghujahan dalam makalah ini adalah diasaskan pengalaman dan pemerhatian secara langsung terhadap senario yang berlaku pada hari ini. Dihujahkan bahawa pewartaan Akta Warisan Kebangsaan 2005 pada tahun 2005 merupakan salah satu peristiwa penting dalam pembangunan warisan di negara ini. Ia menjadikan skop usaha perlindungan dan pemuliharaan warisan negara lebih komprehensif berbanding dengan masa-masa sebelum ini. Walau bagaimanapun, Akta ini tidak disokong oleh jentera pelaksanaan yang berkesan. Malah, dihujahkan penubuhan Jabatan Warisan Malaysia dan pengecilan fungsi Muzium Negara (bersama bahagian-bahagian di bawahnya terutamanya Muzium dan Antikuiti) telah membawa kesan kebalikan kerana wujud ‘perselisihan struktural’ yang merugikan semua pihak kerana wujud jentera pelaksanaan yang berpecah-pecah, tanpa penyelarasan antara sesebuah agensi dengan agensi lain.