Aplikasi prinsip pembelajaran dewasa knowles dengan penggunaan mod penyampaian teknologi sidang video dalam kalangan pelajar jarak jauh

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan prinsip pembelajaran dewasa yang diperkenalkan oleh Knowles (1980), iaitu perlu tahu mengapa belajar, terarah diri, pengalaman belajar, kesediaan belajar, orientasi belajar dan motivasi belajar dengan penggunaan mod penyampaian sidang video secara...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Hajar Halili, Shukri Sulaiman, Mohd Razha Abd. Rashid
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5279/
http://journalarticle.ukm.my/5279/
http://journalarticle.ukm.my/5279/1/AJTLHE%2520102%2520.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan prinsip pembelajaran dewasa yang diperkenalkan oleh Knowles (1980), iaitu perlu tahu mengapa belajar, terarah diri, pengalaman belajar, kesediaan belajar, orientasi belajar dan motivasi belajar dengan penggunaan mod penyampaian sidang video secara langsung, sidang video secara streaming dan rakaman sidang video. Perisian SPSS versi 17 telah digunakan untuk menganalisis data. Seramai 394 responden menjawab borang soal selidik yang dihantar kepada responden kajian. Data telah dikumpul dan dianalisis menggunakan Anova sehala dan ujian Tukey. Kajian ini mendapati bahawa wujud perbezaan yang signifikan antara kumpulan pelajar yang terarah diri, pengalaman belajar, lebih bersedia untuk belajar dan mempunyai motivasi untuk belajar terhadap penggunaan mod penyampaian sidang video. Kajian juga mendapati bahawa kumpulan pelajar ini lebih cenderung terhadap penggunaan mod penyampaian sidang video secara langsung dan rakaman berbanding dengan sidang video secara streaming. Penyelidik mencadangkan agar kajian lanjutan dapat menggunakan teori pembelajaran dewasa yang lain dengan kaedah penyampaian serta melibatkan sampel yang lebih besar dari institusi pendidikan yang lain.