Kesan bercerita terhadap pencapaian penulisan karangan naratif bahasa Melayu
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kesan penggunaan teknik bercerita dalam pembelajaran penulisan karangan naratif murid-murid tingkatan satu. Teknik bercerita merupakan satu bentuk teknik pembelajaran yang dapat menimbulkan minat belajar dalam kalangan murid. Cerita yang mengandungi tema dan...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7109/ http://journalarticle.ukm.my/7109/ http://journalarticle.ukm.my/7109/1/11-18_Zuriani_et_al.UPM.pdf |
Summary: | Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kesan penggunaan teknik bercerita dalam pembelajaran penulisan karangan naratif murid-murid tingkatan satu. Teknik bercerita merupakan satu bentuk teknik pembelajaran yang dapat menimbulkan minat belajar dalam kalangan murid. Cerita yang mengandungi tema dan plot juga diwarnai dengan penggunaan gaya bahasa, latar, situasi, dan sudut pandangan yang baik mencorak penceritaan yang baik. Justeru, kajian ini telah dijalankan kepada seramai 66 orang sampel kajian murid tingkatan satu di sebuah sekolah menengah kebangsaan di negeri Selangor bagi mengetahui kesan bercerita terhadap hasil penulisan karangan naratif murid-murid. Sampel diberi praujian dan pascaujianrawatan pengajaran menggunakan teknik bercerita. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi penulisan karangan naratif murid-murid sebelum dan selepas diberikan rawatan teknik bercerita,iaitu t (33) = 5.36, p = 0.01, d = 0.92. Markah penulisan karangan naratif murid-murid kumpulan eksperimen juga menunjukkan peningkatan, iaitu semasa praujian dengan markah 14.74 kepada 23.15 semasa pasca ujian. Oleh itu, bercerita boleh dipertimbang oleh para guru sebagai teknik pengajaran alternatif dalam usaha meningkatkan pencapaian penulisan karangan naratif dalam kalangan murid-murid |
---|