Kesejahteraan subjektif: kajian kes nelayan di Sedili, Kota Tinggi, Johor
Kertas bertujuan membincangkan tahap kesejahteraan hidup nelayan di Sedili, Kota Tinggi, Johor. Objektif khusus kertas ialah mengukur tahap kesejahteraan hidup nelayan dan membuat perbandingan tahap kesejahteraan hidup nelayan pantai dengan nelayan laut dalam. Selain itu, hubungan antara tahap kes...
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8908/ http://journalarticle.ukm.my/8908/ http://journalarticle.ukm.my/8908/1/8x.geografia-april15-zaimah-edam.pdf |
Summary: | Kertas bertujuan membincangkan tahap kesejahteraan hidup nelayan di Sedili, Kota Tinggi, Johor. Objektif khusus
kertas ialah mengukur tahap kesejahteraan hidup nelayan dan membuat perbandingan tahap kesejahteraan hidup
nelayan pantai dengan nelayan laut dalam. Selain itu, hubungan antara tahap kesejahteraan hidup nelayan pantai
dan nelayan laut dalam dengan umur, bilangan tanggungan, tempoh masa menjadi nelayan, pendapatan bulanan dan
pendapatan keluarga responden turut dianalisa. Tahap kesejahteraan hidup diukur secara subjektif berdasarkan
persepsi nelayan terhadap 10 pernyataan berkaitan kehidupan seharian mereka menggunakan 5-skala likert.
Sejumlah 200 orang nelayan dianalisis dalam perbincangan ini. Hasil kajian menunjukkan tahap kesejahteraan
hidup nelayan adalah pada tahap yang tinggi, baik nelayan pantai ataupun nelayan laut dalam. Meskipun begitu,
penglibatan pihak berkuasa dalam meningkatkan tingkat kehidupan masyarakat nelayan amat penting untuk
mencapai tingkat pendapatan yang lebih tinggi agar kesejahteraan hidup sebenar dapat dinikmati. |
---|