Kesejahteraan subjektif: kajian kes nelayan di Sedili, Kota Tinggi, Johor

Kertas bertujuan membincangkan tahap kesejahteraan hidup nelayan di Sedili, Kota Tinggi, Johor. Objektif khusus kertas ialah mengukur tahap kesejahteraan hidup nelayan dan membuat perbandingan tahap kesejahteraan hidup nelayan pantai dengan nelayan laut dalam. Selain itu, hubungan antara tahap kes...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zaimah, R., Suhana Saad, Azima, A. M., Mohd Yusof Hussain, Mohd Samsudin, Mustaffa Omar, Ishak Yussof
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8908/
http://journalarticle.ukm.my/8908/
http://journalarticle.ukm.my/8908/1/8x.geografia-april15-zaimah-edam.pdf
Description
Summary:Kertas bertujuan membincangkan tahap kesejahteraan hidup nelayan di Sedili, Kota Tinggi, Johor. Objektif khusus kertas ialah mengukur tahap kesejahteraan hidup nelayan dan membuat perbandingan tahap kesejahteraan hidup nelayan pantai dengan nelayan laut dalam. Selain itu, hubungan antara tahap kesejahteraan hidup nelayan pantai dan nelayan laut dalam dengan umur, bilangan tanggungan, tempoh masa menjadi nelayan, pendapatan bulanan dan pendapatan keluarga responden turut dianalisa. Tahap kesejahteraan hidup diukur secara subjektif berdasarkan persepsi nelayan terhadap 10 pernyataan berkaitan kehidupan seharian mereka menggunakan 5-skala likert. Sejumlah 200 orang nelayan dianalisis dalam perbincangan ini. Hasil kajian menunjukkan tahap kesejahteraan hidup nelayan adalah pada tahap yang tinggi, baik nelayan pantai ataupun nelayan laut dalam. Meskipun begitu, penglibatan pihak berkuasa dalam meningkatkan tingkat kehidupan masyarakat nelayan amat penting untuk mencapai tingkat pendapatan yang lebih tinggi agar kesejahteraan hidup sebenar dapat dinikmati.